Wednesday, 24 February 2016

Kepentingan perpaduan kaum

        Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakatan dan Negara keseluruhannyamelalui ideology Negara supaya tiap-tiap anggota masyarakatan dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan & kemajuan Negara.Sejak merdeka lagi,kerajaan,kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita .Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini.Tanpa perpaduan, kemajuan Negara yang ingin dicapai untuk wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan.Kepentingan perpaduan kaum di Malaysia adalah;
Kepentingan perpaduan kaum di Malaysia ialah mewujudkan masyarakat yang harmoni. Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita sudah tidak asing lagi dengan wujudnya masyarakat berbilang kaum di Negara kita seperti cina,melayu,india,kadazan dan sebagainya. Peribahasa “rambut sama hitam, hati lain lain” jelas menunjukkan walaupun manusia mempunyai  warna rambut yang sama tetapi sukma dan keinginan manusia adalah berbeza. Dengan wujudnya perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat,barulah masyarakat harmoni yang mempunyai aspirasi yang sama  dapat tercapai.

Oleh hal yangdemikian,sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita hendaklah mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia,seperti kata peribahasa,”bulat air kerana pembentung,bulat airkerana muafakat”

 Selain itu,dengan mengamalkan perpaduan kaum, kita juga dapat memajukan ekonomi Negara.Apabila perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia , penindasan ekonomi tidak akan berlaku kerana setiap kaum akan bersaing dengan adil tanpa sedikit pun perasaan hasad dengki dalam diri mereka.Contohnya, persaingan yang berlaku dalam dunia perniagaan.Bukan itu sahaja, apabila rakyat mengamalkan peribahasa”bersatu kita teguh ,bercerai kita roboh”.nescaya rakyat juga dapat bersama-sama memajukan ekonomi Negara.



No comments:

Post a Comment