Kesan negatif sekiranya mengabaikan mumupuk perpaduan kaum
Implikasinya ialah keadaan masyarakat sekeliling berasa tidak tenteram, bebas dan maju dengan keyakinan diri sendiri serta bangga dengan apa yang dicapai disebabkan tiada perpaduan dan integrasi di dalam negara. Ketidakwujudan perpaduan dan integrasi menyebabkan rakyat berasa terkongkong dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah terhad. Hal ini menyebabkan perasaan tidak puas hati akan wujud di kalangan rakyat dan akhirnya mencetus kepada pertelingkahan dalam etnik. Sebagai contoh, dalam aspek ekonomi. Merujuk kepada peristiwa 13 Mei 1969 di mana rusuhan kaum telah tercetus akibat ketidakadilan dalam arus aktiviti ekonomi di mana setiap etnik telah dipisahkan iaitu kaum melayu bekerja sebagai nelayan dan petani, kaum india pula bekerja di kawasan estet dan kaum cina pula bekerja di bahagia perindustrian. Hal ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kaum disebabkan pembahagian dalam sektor ekonomi yang tidak adil. Oleh itu, jelas betapa penting perpaduan untuk mengelakkan peristiwa 13 Mei berulang. Implikasi yang ketiga ialah pembangunan ekonomi yang tidak stabil. Peristiwa 1969 jelas membuktikan hubungkait ekonomi. Sehubungan itu, dalam penyelesaian ekonomi ahaja tidak mencukupi seperti yang kita sedia maklum dimana hubungan ekonomi dan etnik adalah sangat rapat. Masalah ekonomi terjadi maka masalah ini akan menjadi masalah etnik. Oleh itu, sebarang penyelesaian masalah ekonomi mesti diambil kira dalam etnik. Hal ini jelas dimana perpaduan dan integrasi rakyat adalah amat penting untuk memastikan pembangunan ekonomi yang lancar dan konsisten. Implikasi yang keempat ialah pendidikan di Malaysia. Sekiranya tidak ada perpaduan secara tidak langsung menjejaskan sistem pendidikan di Malaysia.
Seterusnya, Masyarakat perlu berfikirkan lebih terbuka dalam menghayati erti kata perpaduan. Hal kesepakatan di kalangan rakyat adalah amat penting di kalangan rakyat akan mempercepatkan lagi pembangunan negara seterusnya menjadi contoh kepada negara-negara membangun yang lain. Implikasi yang keenam ialah wujudnya masyarakat yang tidak bermoral, tidak bertolak ansur, tidak beretika, tidak kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan. Apabila tidak wujud perpaduan maka secara tidak langsung akan wujud masyarakat yang tidak bermoral dan bertolak ansur. Apabila wujud masyarakat seperti ini pergaduhan dan pertelingkahan di kalangan rakyat boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Hal ini tidak boleh dibiarkan kerana sekiranya tidak dibendung, ia boleh menyebabkan kematian akibat pergaduhan yang teruk. Masalah adalah etnik sangat sensitif sekiranya tidak dihadapi yang teliti.Negara tidak dapat mengubah semua corak ekonomi dan kehidupan daripada pertanian kepada perindustrian. Seperti mana yang kita tahu sebelum peristiwa 1969 ekonomi dalam negara lebih dikuasai oleh golongan cina berbanding rakyat tempatan yang hanya bekerja sebagai nelayan dan petani. Aspek sosial memang tidak dapat disangkal sebagai satu cabaran besar yang perlu dihadapi. Tanpa perpaduan komunikasi di antara rakyat tidak berlaku. Tanpa komunikasi antara rakyat masalah perpaduan sukar untuk dihadapi. Contohnya, sekiranya aspek sosialisme tidak wujud dalam negara akan wujud kelompok-kelompok kecil di mana kelompok-kelompok ini menunjukkan jurang di antara masyarakat dalam negara. Jurang antara masyarakat membawa simbol tidak perpaduan di dalam negara ini sekaligus menyebabkan negara-negara lain akan memandang rendah kerana tiada keamanan dalam negara. Kesimpulannya, konteks sosialisme adalah penting dalam negara.
No comments:
Post a Comment